Quranic group, Bacaan Anda

Saturday, September 18, 2010

perubahan laman wab kami

assalamulaikum buat peminat setia Quranicgroup sekalian.

untuk makluman semua, laman web terkini kami ialah quranicgroupmy@blogspot.com.kami memohon maaf atas kesilapan teknikal dan segala maklumat bolehlah rujuk kepada laman web baru kami..

sekian terima kasih..

Saturday, September 4, 2010

Keistimewaan QG Kepada pembaca

Keistimewaan Quranic Group(QG) adalah ia adalah satu usaha penelitian 10 orang anak muda yang aktif bersama gerakan dakwah untuk meremajakan pendekatan Quranic Group (QG) yang telah diguna pakai sebagai silibus usrah selama ini. Penggunaan tulisan yang berwarna dan diselit dengan penggunaan kartun-kartun serta gambarajah yang sesuai adalah antara inisiatif mereka merangsangkan keinginan generasi muda kepada usrah.


Sesungguhnya kesedaran mereka terhadap peri penting kelangsungan usrah sebagai tunjang kepada tarbiah. Kesedaran yang meyakini tanpa tarbiah sebuah gerakan dakwah sebenarnya menempah kegagalan dalam mencapai objektif dan hala tuju perjuangan. Usaha yang dicetus oleh golongan muda seperti ini sewajarnya dilihat sebagai petanda-petanda fajar Islam semakin ceria sinarnya.

Di samping itu juga , kewujudan kuiz-kuiz kecil sepanjang pembacaan Quranic Group (QG) adalah untuk membantu para naqib menguji kefahaman ahli usrah masing-masing. Penggunaan ayat-ayat mudah dan boleh difahami dengan melihat secara sepintas lalu adalah keistimewaan penting pada khazanah ilmu ini. Adalah sesuatu kerugian bagi mereka yang tidak menyediakan sedikit waktu untuk menilai keberkesanan Quranic Group(QG) yang telah terbukti kejayaannya.

SELAMAT MEMBACA UNTUK SEMUA
"quranicgroup untuk semua"